Syeikh Abdullah bin Ahmad Basaudan

Imam Hujjatul Islam Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad bin ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdur Rahman BaSaudan rahimahumUllah jami`an dilahirkan di desa Khuraibeh, wadi Dau`an, Hadhramaut pada tahun 1178H. Nasab beliau bersambung kepada Sayyidina al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi RA, sahabat Junjungan Nabi SAW.
Syaikh Abdullah BaSaudan sejak kecil lagi telah diasuh dengan didikan agama. Sejak usia tersebut lagi beliau telah menghafal al-Quran dan berbagai matan ilmu. Beliau mempunyai ramai guru, di antaranya ialah Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad bin Faris BaQais dan Habib ‘Umar bin Abdur Rahman al-Baar, murid Imam al-Haddad RA, yang menjadi syaikh futuhnya, Habib Ahmad bin ‘Ali Bahar al-Qadimi, Habib Hamid bin ‘Umar Hamid, Habib Ahmad bin Hasan al-Haddad, Habib Husain bin ‘Abdullah bin Sahal, Habib ‘Umar bin Saqqaf as-Saqqaf, Habib Syaikh bin Muhammad bin Hasan al-Jufri, Habib Hasan bin Shaleh al-Bahar al-Jufri, Habib Thahir bin Husain bin Thahir dan Habib ‘Umar bin Zain BinSumaith rahimahumUllahu.
Selain Hadhramaut, Syaikh ‘Abdullah BaSaudan turut menimba ilmu daripada ulama al-Haramain, antarnya dengan Habib ‘Ali bin Muhammad al-Baity, Habib Muhsin bin Alwi Muqaibal, Habib Ahmad bin ‘Alwi BaHasan Jamalulail dan Syaikh Muhammad bin Shaleh ar-Rais rahimahUllahu ta`ala jami`an. Syaikh ‘Abdullah BaSaudan juga pernah berkelana ke Mesir dan bermukim di sana untuk belajar dengan para ulamanya.Ketekunan beliau dalam menuntut ilmu akhirnya menjadikan beliau seorang yang sangat alim (`allaamah) yang menjadi rujukan dan mufti. Bahkan, para ulama Hadhramaut memberikan gelar “Hujjatul Islam” kepada beliau lantaran ketinggian ilmu dan keelokan amal serta pekerti beliau.

Syaikh ‘Abdullah BaSaudan juga mempunyai banyak karya yang bernilai, antaranya:-

  1. Mandzhumah al-Mishbaah fi Ahkaamin Nikah;
  2. Tahshiilul Maqshuud;
  3. ‘Uddatul Musaafir wa ‘Umdatul Haaj waz Zaa-ir;
  4. al-Ifshaah bi Ahkaamin Nikaah;
  5. Zaituunatul Liqaah;
  6. al-Futuuhaatul ‘Arsyiyyah;
  7. Mathaaliul Anwaar;
  8. Hadaa-iqul Arwah;
  9. Kasyful Qinaa’;
  10. Dzakhiiratul Ma`aad bi Syarhi Ratibil Haddad;
  11. al-Anwaarul Laami`ah bi Syarhil Risaalatil Jaami`ah;
  12. Simthul ‘Iqyaan;

Syaikh ‘Abdullah BaSaudan rahimahUllah kembali ke rahmatUllah pada tanggal 7 Jumadil Awwal 1266H dan dimakamkan di Kota Khuraibeh. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat dan kasih-sayangNya kepada beliau … al-Fatihah.

 

Perihal Majelis Ta'lim Basaudan
Tempat belajar ilmu Agama Islam dan Bahasa Arab

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: